Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua warga dan zon
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Tawau dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Melalui panduan ini, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh pihak MAMPUdan kaedah pelaksanaan EKSA di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Tawau.
Sebagai tambahan panduan ini adalah sebagai piawaian tindakan
kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja namun
pemakaiannya adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.
EKSA sebagai kesinambungan dari Amalan 5S haruslah dilihat sebagai satu program yang menggalakkan semua zon di ILKKM Tawau (Kejururawatan) agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
Melalui panduan ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga ILKKM Tawau (Kejururawatan) dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang
sistematik, selesa dan kondusif.