Antara faedah pelaksanaan EKSA adalah seperti berikut:
- Peningkatan Produktiviti
Pelaksanaan EKSA membantu meningkatkan produktiviti di mana
dokumen/bahan dapat dikesan dengan mudah dan cepat. Apabila masa
untuk mengesan dokumen/bahan dapat dikurangkan, bilangan
dokumen/bahan yang diproses dapat dipertingkatkan. Hasilnya lebih
banyak tugasan dan urusan dapat dilakukan dalam masa yang sama. - Peningkatan Tahap Pengurusan Penyelenggaraan
Dalam pelaksanaan EKSA, semua peralatan/mesin perlu diselenggara
dengan baik, diletakkan di tempat yang ditetapkan dan sentiasa
memastikan ia bersih daripada habuk dan kekotoran. Justeru itu, kos
penyelenggaraan dan kerosakan dapat dikurangkan. Peralatan/mesin yang diselenggara dan disusun dengan baik mampu meningkatkan tahap keselamatan pekerja. - Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kepada Pelanggan
Pelaksanaan EKSA memastikan urusan di tempat kerja dapat dilaksanakan dengan lebih terurus, mudah, pantas dan selamat. Pelanggan akan merasa puas hati apabila diberi layanan yang mesra dan cepat bagi menyelesaikan urusan dengan lancar. Perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan luar khasnya melalui kaunter juga akan dapat disampaikan dengan lebih cekap dan berkesan. - Suasana Tempat Kerja
Pelaksanaan EKSA akan dapat mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, ceria dan selamat. EKSA mengharuskan organisasi menyusun dokumen dan peralatan dengan kemas dan tersusun. Selain itu ruang tempat kerja dapat digunakan secara optimum dan memperlihatkan imej korporat. Ini dapat meningkatkan imej organisasi di mata pelanggan. - Penjimatan Kos
Pelaksanaan EKSA menitikberatkan kaedah penyusunan barangan mengikut kriteria tertentu. Bagi barangan yang mempunyai tarikh luput, ia disusun mengikut kaedah “Masuk Dahulu, Keluar Dahulu” (First In, First Out-FIFO). Kaedah ini akan memudahkan pekerja mengenalpasti dan menggunakan barang yang mempunyai tarikh luput yang lebih awal bagi mengelakkan pembaziran akibat pelupusan barangan yang tamat tempoh. - Peningkatan Kreativiti dan Inovasi
Aktiviti menyusun barangan/bahan yang digunakan di pejabat akan menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pekerja. Cara penyusunan yang kemas, teratur dan mudah diambil dengan cepat apabila diperlukan akan menggalakkan pekerja berfikir secara kreatif bagi menghasilkan idea menyusun dan menyimpan secara inovatif. - Peningkatan Tahap Keselamatan
Pelaksanaan EKSA akan meningkatkan tahap keselamatan persekitaran pejabat dan keselamatan dokumen/bahan. Penyusunan dokumen/bahan ditempatnya dengan teratur dan berlabel dapat mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. - Peningkatan Semangat Kerja Sepasukan
Pelaksanaan EKSA akan mewujudkan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan pekerja. Pelaksanaan ini hanya akan berjaya dengan penglibatan semua warga organisasi dalam melaksanakan setiap aktiviti secara berterusan. Ia akan mewujudkan satu budaya kerja berpasukan yang mantap dalam organisasi.